Thursday 4 February 2016

 iCR adalah Aplikasi Telefon Pintar yang merupakan singkatan kepada perkataan  Islam Complete Reference. iCR ini adalah gabungan Al Quran Dan 8 Hadis yang bertaraf Sahih dan Hassan. Antara hadis yang digabungkan adalah:-

1. Sahih Muslim
2. Sahih Bukhari
3. Sunan Abi Dawud
4. Sunan Ibnu Madjah
5. Sunan An Nasai
6. Jami' At Tardmidzi
7. Muwatta Malik
8. Hadis Qudsi

iCR telah dibangunkan dengan menggunakan 3 bahasa iaitu:-

1. Arab
2. English
3. Melayu

Antara ciri-ciri iCR adalah:-

1. Mudah digunakan
2. Mudah untuk mencari sesuatu topik
3. Boleh digunakan walaupun internet tidak ada.
4. Boleh menonton video berkaitan sesuatu topik (iPhone sahaja)

Mode Search

Langkah Pertama 
Klik ikon kanta





Langkah Kedua 
Taipkan perkataan atau topik yang ingin dicari diruangan disediakan dan klik bahasa dan tekan kekunci Search




Satu senarai akan terhasil hasil dari perkataan atau topik yang ingin dicari. Anda boleh klik mana-mana rujukan yang diperlukan.
Jika anda ingin mencari lebih khusus dengan tujuan memudahkan pencarian maka anda boleh meletakkan tanda % diantara perkataan. Contohnya jika anda ingin mencari topik yang mengandungi Solat Asar dan Subuh maka anda perlu menaip Solat%Asar%Subuh. Ataupun jika anda ingin menyemak berkaitan hadis yang menyatakan Nabi makan garam maka anda boleh berbuat demikian dengan menaip makan%garam.

Langkah Ketiga

Pilih senarai yang telah tersenarai, maka anda akan melihat rujukan terperinci sesuatu topik tersebut


Mode Video (iPhone Version)

Anda perlu klik ikon video dan taip diruangan yang disediakan dan klik kekunci Search. Jika anda ingin mencari 2 perkataan contohnya solat subuh maka anda hanya perlu taipkan 4.bp.blogspot.com/-EiDT6nE9yQw/Vq7RHA8X40I/AAAAAAAAACs/EQIpQuwsK2I/s1600/icr%2Bcopy.jpg 5:54:17 PM solat+subuh. Maka video yang berkaitan akan tersenarai.

Bagaimana mendapatkan Aplikasi ini?

Anda boleh dapat di Google Play Store ataupun Apple Store




Google Play iCR Full Al Quran And Hadith - Android Apps on Google Play iCR Full Version - reference from Al-Quran and 8 Hadiths